Assalamualaikum.. =)
Ini cerita tentang empunya blog..
Kisahnye bermula di sini..
Pada 23 Mei 1992 terdengar teriakan suara seorang bayi lelaki yang nyaring di sebuah rumah yang terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan yang baru sahaja dilahirkan oleh Normadiah binti Zainuddin. Bayi yang baru saja dilahirkan itu telah diberi nama MUHAMMAD FIRDAUS NAIM..haha..itu akulah ..empunya blog ini...Kemudian aku didaftarkan di Hospital Besar Seremban, ataupun sekarang ini dikenali sebagai Hospital Tuanku Jaafar..
Aku merupakan anak yang ke3 daripada 8 orang adik beradik..Yang pertama sekali adalah abang aku Muhammad Ismail yang kini berumur 26 tahun dan sudah bekerja. Seterusnya adalah kakak aku yang bernama Nur Atiqah yang kini seorang pelajar di International Islamic University Malaysia(IIUM),Gombak yang dalam bidang ekonomi. Kakak aku ini juga merupakan seorang Wataniah .Dia seorang yang aktif dalam badan beruniform.Tidak lama lagi beliau akan konvokesyen..Semoga berjaya Angah!
bawh aku ada lagi lima orang..yang bernama Danial Rasyid yang kini belajar di Akademi Laut Malaysia (ALAM).Tidak lama lagi dia pun akan konvokesyen..huhu..selepas itu jadi orang laut la dia,,huhu..Belayar Seantero Dunialah ..Semoge Berjaye Atih..Bawahnya pula, adik perempuan aku yang pertama, Nur Baayah yang kini baru saja di tingkatan 3..tidak lama lagi habis lah juga zaman sekolahnyer...
yang ke 6 pula,masih lagi adik perempuan yang bernama Nur Syahadah ynag berada di tingkatan 2 disekolah Menengah Kebangsaan KemTerendak.(Tempat ayah aku bekerja dahulu).Dua yang terakhir ialah adik lelaki aku yang dipanggil sebagai Oye..entah macam mana di dapat nama tu,sampai sekarang melekat..
hahaha...Nama sebenarnye ialah Muhammad Ghafare yang kini baru sahaja tamat sesi sekolah Rendah..huhu
Akhir sekali adik aku yang bernama Muhammad Radhi yang berumur 10 tahun..tapi adik aku ini, merupakan seorang yang istimewa..dan semua orang suka kan nya..huhu..
Tetapi, awas la jika anda hendak membawa dia kekedai..kalau duit kurang dari 5 ringgit , hentikanlah..last2 korang gak yang susah nanti..huhu..
inilah adik beradik aku..huhu
Ini pula ayah dan mak aku
Ayah aku bernama Jahari bin Md Ali yang berasal dari negeri sembilan.dan merupakan seorang pesara tentera,bila tentera mestilah tegas dalam mendidik kami sekeluarga..huhu..seronok bila teringat zaman kecik-kecik dulu..macam-macam perangai kami,nasib baik lah ayah penyabar orangnya..huhu..sayang ayah!
Mak aku pula bernama Normadiah Binti Zainuddin yang juga berasal dari negeri sembilan dan merupakan seorang suri rumah,sampai la sekarang ini,tp sekarang mak keje kat kedai runcit..huhu..jadi ayah la yang masak..kadang-kadang adik-adik aku yang masak..tapi yang best nya bila aku balik,aku dapat jugak makan masakan mak..haha..sedap sangat!sayang mak..Terima kasih sebab jaga kami hingga dewasa ini..



No comments:
Post a Comment