Assalammualaikum..
Ya Allah..kenapalah hati aku ini sejak kebelakangan ini rasa sayu,sedih,dan kadang-kadang membuatkan aku mahu menangis bila menatap wajah mereka..sesungguhnya aku tidak faham apa yang sedang berlaku dalam hati aku ini..Engkau Maha Mengetahui atas apa yang sedang berlaku..Ya Allah, jauhkanlah hati aku dari syaitan yang sering memainkan hati aku ini..
Tiba-tiba aku teringat pesanan ayah dan mak aku,katanya"kalau hati tidak tenang,banyak-banyakkan lah baca Surah Insyirah/Alam Nasyrah,insyaallah akan tenang". Dan aku pun terus mengamalkannya. Alhamdulillah,ada perubahan yang positif..
Jadi di sini aku ingin kongsi sikit ilmu ini.bahawa Surah Insyirah/Alam Nasyrah ini memang bekesan,jika kita betul-betul faham maknanya..
Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah
Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan
iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami
telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang
memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)?
(4) Dan Kami
telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan
berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh
itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan,
(6) (Sekali
lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian
apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan
kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan
ingini).
Kelebihan Surah
Al-Insyirah.
v Barangsiapa membiasakan membaca surah
Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan
urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
v Sesiapa yang membacanya nescaya Allah
turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam
segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan
rajin dalam mengerjakan ibadat.
v Barangsiapa membaca Alam Nasyrah
sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada
kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
v Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku
mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".













.jpg)
