Monday, 18 February 2013

Ketika hatiku tidak tenang..

Assalammualaikum..

Ya Allah..kenapalah hati aku ini sejak kebelakangan ini rasa sayu,sedih,dan kadang-kadang membuatkan aku mahu menangis bila menatap wajah mereka..sesungguhnya aku tidak faham apa yang sedang berlaku dalam hati aku ini..Engkau Maha Mengetahui atas apa yang sedang berlaku..Ya Allah, jauhkanlah hati aku dari syaitan yang sering memainkan hati aku ini..

Tiba-tiba aku teringat pesanan ayah dan mak aku,katanya"kalau hati tidak tenang,banyak-banyakkan lah baca Surah Insyirah/Alam Nasyrah,insyaallah akan tenang". Dan aku pun terus mengamalkannya. Alhamdulillah,ada perubahan yang positif..

Jadi di sini aku ingin kongsi sikit ilmu ini.bahawa Surah Insyirah/Alam Nasyrah ini memang bekesan,jika kita betul-betul faham maknanya..




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);


(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

v  Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

v  Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

v  Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

v  Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

No comments:

Post a Comment