Wednesday, 2 January 2013

Ahli baru dalam Bilik!

Assalammualaikum..=)

HAHAH!! petang tadi muncul ahli baru dalam bilik ni!Perrggh...kecik saja badan dia..siap duduk dalam bekas air lagi...cuba la teka..apakah?
Okey..kali ni nak cakap sikit pasal sejenis ikan yang dulunye mase aku kecik,aku selalu beli..haha..ni dia..
IKAN PELAGA

Ikan pelaga juga dikenali sebagai ikan sekilau adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish". Ada banyak spesi ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai “Sekilau Siam” atau “Siamese fighting fish’. Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kadatau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam. Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani ‘Beta’. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan ‘Ikan bettah’. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia.Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluarga Osphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim. Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.
Ini la serbe sedikit tentang ikan nieh..menarik kan..kalau korang nak taw lagi lanjut korang klik la kat sini..http://pelaga.wetpaint.com/page/Tentang+Ikan+Pelaga..sebab ni pun aku amik dari sini..haha

1 comment:

  1. ikan pelaga d beli dgn hrga rm5 mse kcik2... wat fight..pstu mati.. isy3... zmn knak2 mmg bgitu.. huhu

    ReplyDelete