Tuesday, 5 February 2013

Member baru lagi!

Assalammualaikum..

Hello!haha.hari ini aku dapat member bilik baru lagi..huhu..iaitu cik Jack and Jill..huhu
Mereka ni kalau korang nak tahu,adalah sepasang scorpion yang hidup dalam bilik aku. Pemiliknya adalah roommate aku jugak, Azim Saripan. Orangnya darah campuran bugis, tengok muke pun dah tahu dah. Haha..
Aku pun tidak sedar bila  si Azim ‘check in’2 ekor makhluk ni. Balik saja  dari kelas dah ada dah diorang kat atas meje study. Nasib baik lah Azim ni pandai,letakkan dalam bekas,kalu dibiar macam itu saja,dah lama dah arwah da binatang dia ni..haha.. Si kala jengking ni ada jugak menu makanannya, bukan main hentam makan saja.Menu scorpion ni tidak lain ialah cengkerik. Selalunya letak 2 atau 3 ekor cengkerik pun dah cukup untuk seminggu minggu..huhu..
Selalunya aku la tukang beli makanan untuk Jack dan Jill ini. Dekat saja, belakang rumah aku saje kedainya.Kadang-kadang aku balik saja tidak pernah aku tak beli makanan untuk mereka.Ada sebab aku beli dekat situ, murah sikit..1ringgit dapat 50 gram, adalah dalam 30 ekor.Memang terlebih cukup pun. Yang seronoknya,bilik aku time malam-malam adalah bunyi cengkerik,tidak lah sunyi sangat dan tidak lah susah-susah aku nak suruh Azim nyanyi..huhu..tapi kalau bising sangat,aku masukkan cengkerik yang bising itu dalam bekas si Jack dan Jill ni..Tahulah diorang senyap.huhu


Inilah rupa time aku baru balik kelas..jom tengok


Oh..ini rupanya..jom tengok lagi dekat..


Jack yang kat luar..Jill kat dalam(kalau nampak)..


haa..ini Jack..jantan punya


Yang ini Jill,tido saje!


3 comments: